Panduan Usahawan Pintar

KHUSUS BUAT PARA REMAJA...

MEWUJUDKAN BUDAYA KEUSAHAWANAN KEPADA REMAJA
Umum mengetahui bahawa kerajaan sedang menerapkan budaya keusahawanan kepada rakyat Malaysia. Atas faktor ini maka lahirlah siri usahawan pintar. Buku-buku keusahawanan yang berada dipasaran semuanya mensasarkan kepada golongan dewasa. Ini nampaknya tidak adil kerana kita sebenarnya menidakkan golongan remaja yang punya semangat untuk berniaga. Semangat ingin mencuba yang ada dalam setiap diri remaja berkehendakkan suatu cabaran dan cabaran ini boleh diperolehi melalui penglibatan dalam dunia perniagaan.
MENGHAPUSKAN MITOS TENTANG BIDANG PERNIAGAAN.
Ramai ibubapa yang tidak mahu anak mereka melibatkan diri dalam perniagaan terutamanya masyarakat melayu. Kebanyakan mereka lebih suka anak mereka bekerja makan gaji. Kini zaman sudah berubah. Masyarakat melayu perlu menerima hakikat anak-anak mereka tidak harus mewarisi pemikiran turun temurun kerja makan gaji. Mereka harus membuka pilihan sekiranya anak-anak mereka ingin terlibat dalam dunia perniagaan. Siri usahawan pintar ini ingin membuka minda masyarakat. Walaupun perniagaan itu mempunyai risiko tersendiri namun sekiranya dijalankan dengan amanah, rajin dan bertanggungjawab maka perniagaan mereka pasti akan mendatangkan keuntungan.
Penerapan nilai-nilai baik untuk berniaga ini harus bermula dari awal lagi dan langkah penerapan ketika masih remaja dianggap membentuk usahawan yang berjaya.
MEMBUKA MINDA REMAJA BERKENAAN PELUANG-PELUANG PERNIAGAAN.
Apabila dikatakan berniaga maka seringkali masyarakat kita dipertontonkan mengenai bisnes yang besar-besaran, modal yang banyak,untung berjuta-juta, bankrap, perkelahian rakan kongsi dan sebagainya. Hal ini secara tidak langsung membentuk persepsi negative masyarakat apabila dikatakan mengenai keusahawanan. Siri usahawan pintar PNA EMPIRE ini mengajak remaja bagi menyelesaikan masalah sekeliling, mencari sumber terdekat, bekerjasama mengenal pasti potensi perniagaan bersifat local pengurusan sumber tempatan secara efektif dan berurusan dengan agensi yang terlibat secara bijaksana. Remaja tidak perlu memikirkan mengenal bisnes yang bermodal besar. Siri usahawan pintar PNA EMPIRE mengajak pembaca menghargai bakat dan kemahiran mereka untuk di gilap. Mereka juga diajar untuk menghargai persekitaran mereka untuk dijadikan suatu landasan membangunkan masyarakat.
MEMBENTUK MODEL REMAJA MALAYSIA.
Remaja yang beridentiti diperlukan. Persoalannya apakah yang ingin ditunjukkan mengenai remaja Malaysia kepada masyarakat luar? Model remaja berwawasan boleh diketengahkan. Remaja berwawasan dapat dijadikan ikon sama ada oleh remaja dinegara kita ataupun remaja luar.
Ia menunjukan kepada kita bahawa remaja berwawasan mampu dijadikan ikon dalam membangunkan masyarakat setempat dan seterusnya mampu merubah pemikiran remaja serantau dalam usaha membawa perubahan kepada ekonomi masyarakat sekelilingnya. Pengurangan jumlah pengangguran akan dapat membawa kesejahteraan ini mampu mengangkat martabat bangsa dan negara.

0 comments:

Powered by Blogger.